Categories
NASIONAL

Tuduh bawa ajaran sesat, PAS saman Ku Nan

SHAH ALAM, 4 NOV: PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Setiausaha Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.

Keputusan itu disahkan Pengerusi Biro Undang-undang PAS, Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang, hari ini.

hanipa maidinBeliau berkata, satu surat tuntutan akan dihantar kepada Tengku Adnan minggu ini atau minggu depan, menuntut menteri Wilayah Persekutuan itu memohon maaf atas kenyataan yang dibuat.

“Kami akan memberi masa selama 48 jam kepada beliau untuk menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf. Saya lihat ucapannya secara terperinci dan beliau sememangnya melemparkan tuduhan terhadap kami,” katanya yang dipetik dari Malaysia Kini.

Tengku Adnan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, pada 2 November lalu dan mendakwa Umno adalah parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.