Categories
SELANGOR

Pakejkan sistem SAM Tahfiz Aliran Sains, bentuk generasi al-Quran

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 19 NOV: Kerancakan sistem pendidikan Sekolah Agama Menengah (SAM) Tahfiz Aliran Sains perlu dipakejkan secara kontemporari supaya menjadi rujukan dalam membentuk generasi al-Quran.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelan strategik perlu dirancang supaya sistem pendidikan Islam itu menjadi medan pengintegrasian antara ilmu agama dan akademik.

“Pendidikan Islam masih tidak sunyi dengan kritikan ramai kononnya pelajar aliran agama kurang pendedahan ilmu akademik masa kini.

murid tahfiz 25 julai 01“Justeru, sistem pendidikan Islam berorentasikan akademik dan aliran sains perlu bekerja keras lagi supaya menjadi model ulung,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Sekolah-Sekolah Agama Tahfiz Aliran Sains Peringkat Kebangsaan kali ke-5, di Hotel Carlton, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohammad Amir Danuri dan Pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Habib Maksum.

Konvensyen bertemakan ‘Al-Quran Dan Sains Ke Arah Memantapkan Kemenjadian Guru’ itu menjadi medan penyatuan fikiran dan pengalaman pendidik ke arah memartabatkan sekolah tahfiz aliran sains seluruh negara.

Bagi mencapai objektif yang disasarkan, sebanyak enam kertas kerja dibentangkan oleh pakar pendidikan yang diundang khas.

nik nazmiMengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, perkembangan itu perlu diterjemahkan di peringkat kebangsaan bagi menarik perhatian pihak tertentu dalam membantu menjayakan visi dan misi sekolah tahfiz aliran sains.

“Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha murni seperti ini dan diharapkan ia terus menjadi tradisi masa akan datang.

“Saya percaya peranan semua peserta konvensyen ini mampu merancakkan lagi usaha memperkasa sistem pendidikan sekolah tahfiz aliran sains,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.