Categories
SELANGOR

Penerima bantuan TUNAS: Terima kasih Kerajaan Negeri!

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 NOV: Keprihatinan Kerajaan Negeri memberi inisiatif bantuan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) bukti pentadbiran yang ada memahami kesusahan rakyat.

Salah seorang penerima TUNAS, Azri Abdul Aziz 32, berkata pemberian berkenaan banyak membantunya meringankan beban sebagai ketua keluarga.

20141109_110946“Harga barangan sekarang pun dah semakin naik, pendapatan yang ada memang cukup-cukup makan sahaja.

“Jadi dengan adanya bantuan sebegini ringan sikit rasanya, anak-anak kita pun tidaklah ketinggalan dalam pendidikan,” katanya yang tinggal di Sijangkang, Kuala Langat.

Beliau mula menerima bantuan TUNAS sejak dua tahun lepas bagi dua orang anaknya yang mendapat pendidikan pra sekolah di tadika PASTI.

Hari Tadika Selangor 2014 MB (8)

TUNAS merupakan satu skim di bawah program Merakyatkan Ekonomi Sselangor (MES) yang diberikan dalam bentuk yuran RM 50 dan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Norafadilah Salleh 29 pula berharap agar bantuan diberikan dapat dinaikkan menjelang tahun hadapan.

20141109_111319“Memang berterima kasih sangat dapat bantuan RM 50, tetapi harap dapat dipertimbangkan untuk dinaikkan.

“Apalagi tahun hadapan, cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah dikenakan, semua pun akan naik.

“Dengar cerita, yuran sekolah pun akan naik, semuanya terkesan pada golongan berpendapatan rendah seperti kami,” katanya pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published.