Categories
SELANGOR

Pensturukturan semula industri air Selangor guna model holistik

SHAH ALAM, 12 NOV: Selangor bakal mengorak langkah dalam usaha memuktamadkan penstrukturan semula industri air di negeri itu selepas proses perjanjian jual beli saham antara Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Puncak Niaga Holdings Berhad selesai, semalam.

Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata dengan termerainya perjanjian itu, maka penstrukturan semula akan berlaku di bawah model holistik.

air“Dengan termeterainya perjanjian ini, maka kita mengorak langkah untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri air Selangor di bawah model holistik.

“Kerajaan Selangor melalui Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan memulakan langkah penyusunan semula operasi Syabas dan Puncak Niaga. Tahniah diucapkan kepada semua yang bertanggungjawab merealisasikan kejayaan ini,” katanya melalui laman Facebook selepas majlis itu di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Putrajaya.

Pada 26 Februari lalu, Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat turut diadadakan bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham syarikat konsesi.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran daripada pengambil alihan itu, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.