Categories
KENYATAAN MEDIA

Sembah Tahniah Penganjuran Multaqa Sultan Sharifudin Shah Al Haj

Oleh: Syarhan Humaizi Halim

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ingin menjunjung tinggi serta merafak sembah tahniah dan kegembiraan serta memberi sokongan penuh kepada Pihak Istana dan Jabatan Mufti Negeri Selangor atas menjayakan Majlis Multaqa Sultan Sharifudin Idris Shah dan Seminar Kanun Jenayah Syariah yang berlangsung pada hari ini.

Program penerangan Kanun Syariah jenayah ini menampilkan YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned selaku Mufti Kerajaan Brunei Darussalam sebagai pembentang utama.

Sultan rasmi Multaqa Jenayah Syariah di dewan jubli (9)Patik dari Dewan Pemuda PAS Selangor amat mengalu alukan program berbentuk ilmiah dan penerangan seperti ini apatah lagi melibatkan penganjuran dari pihak Istana Tuanku.

Penglibatan Kesultanan Selangor dalam memartabatkan ISLAM telah mengimbau kenangan dari sejarah Kesultanan Selangor sendiri.

Dahulu, Sultan Alauddin Sulaiman Syah adalah antara Sultan Selangor yang bertaraf Ulama yang mampu mengarang kitab dan dibantu pula oleh seorang ulama Besar Syeikhul Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi AL Fathani.

Anakanda Sultan Alauddin Sulaiman Syah iaitu Sultan Hishamuddin Shah Al Haj yg juga merupakan Nenda kepada Sultan Sharifudin pula turut menghadiahkan Istananya di Kampung Jawa untuk dijadikan Kolej Islam Kelang yang akhir diuruskan oleh Allahyarham Prof Dr Zulkifli Muhammad.

Sebagai mewakili sebahagian Rakyat Selangor, patik sekali lagi merafak sembah tahniah kepada Baginda Tuanku Sultan Sharifudin Idris Shah dan pihak Istana atas kejayaan menganjurkan Multaqa ini.

Patik bersama anak-anak muda rakyat Tuanku menyokong penuh usaha Istana yang mahu memartabatkan Islam dan segala isi syariatnya.

Moga kepimpinan Tuanku Sultan mendapat petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT atas usaha yang murni ini.

*Syarhan Humaizi Halim adalah Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.