Categories
NASIONAL

Zuraida dihalang masuki Sarawak, jumpa Adenan mohon penjelasan

SHAH ALAM, 30 NOV: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kesal apabila sekali lagi tidak dibenarkan masuk ke Sarawak bagi mengikuti rombongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu pimpinan PKR negeri.
Beliau sepatutnya bertemu dengan jentera Wanita PKR Sarawak bagi membincangkan persediaan berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang ditahan di bahagian Imigresen selepas  tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 9.20 pagi.
halang zuraidaAhli Parlimen Ampang ini ditahan buat kali kedua selepas kejadian sama di Lapangan Terbang Sibu ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian Mac lalu.
Menurutnya, pegawai bertugas tidak memberikan sebab munasabah berhubung halangan yang tidak membenarkan masuk ke Sarawak
“Yang saya kecewa adalah tidak tahu sebab kenapa saya tidak dibenarkan masuk ke Sarawak. Saya rasa kecewa,” katanya kepada Selangor Kini.
Zuraida turut memaklumkan minggu lalu beliau telah menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bagi membincangkan masalah gadis Kaum Penan yang dianiaya tanpa pembelaan.
Katanya beliau masih menunggu tarikh perjumpaan bersama Adenan bagi membincangkan isu berkenaan.
Ekoran sekatan yang dikenakan, Zuraida dijangka pulang semula ke Kuala Lumpur pada jam 5.00 petang dengan penerbangan Malindo Air.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.