Categories
SELANGOR

Job Placement, Job Enhancement buka peluang OKU tunjuk bakat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 31 DIS: Kerajaan Selangor merancang program Job Placement dan Job Enhancement bagi membantu golongan kurang upaya (OKU) memiliki pendapatan sendiri,

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Dr Daroyah Alwi berkata, program itu bakal memberi peluang kepada golongan OKU yang memperlihatkan kepakaran atau kelebihan dalam sesuatu bidang.

Katanya, golongan OKU terlebih dahulu perlu mengetahui kebolehan mereka sesuai dengan kecacatan yang dialami.

istimewa 2“Contoh, mereka yang meminati bidang masakan akan diberikan latihan dan kemahiran dalam kulinari.

“Selepas tamat tempoh kursus, mereka akan diberi pertauliahan dan bakal ditempatkan di syarikat bersesuaian yang memerlukan perkhidmatan itu.

“Dengan ini, OKU dapat menjana pendapatan dan menyumbang buah fikiran, tenaga, kemahiran. Ia, sekali gus membangunkan diri masing-masing demi kelangsungan hidup,” katanya sambil menambah program akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau berucap demikian sewaktu menyempurnakan majlis Apresiasi ‘Kau Yang Teristimewa di Holiday Villa, di sini, hari ini.

istimewa 3Pada masa sama, Daroyah berkata, Kerajaan Selangor juga secara berfasa akan meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti lot parkir dan tandas untuk OKU di jabatan dan agensi kerajaan.

“Program pelekat kenderaan juga akan diteruskan dan boleh didapati di mana-mana pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan Selangor juga merangka program kesedaran kepada orang ramai supaya memahami dan meyakini golongan OKU juga mampu menyumbang bakti kepada keluarga, komuniti, negeri dan negara,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.