Categories
SELANGOR

Kampung Batu 9 Kuala Langat dapat peruntukan bina masjid baru

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LANGAT, 7 DIS: Peruntukan bagi membina masjid baru di Kampung Batu 9 Kebun Baru, di sini, dijangka akan dimasukan dalam Belanjawan 2016.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Masjid Al-Amin adalah antara masjid paling lama dibina di Sijangkang.

program masjid1“Masjid ini antara masjid yang lama dalam kawasan Sijangkang dan selalu banjir cuma tahun ini saja tidak berlaku bencana ini. Sebelum ini, ia sudah dibesarkan dan kita dah senaraikan untuk bina masjid baru.

“Tahun ini tak masuk dalam bajet, jadi kita cuba masuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 tahun depan dan maknanya kita boleh masukkan dalam bajet pembangunan semula cuma isunya berkenaan tapak yang ada,” kata.

Dr Ahmad Hairi berkata, pembinaan masjid baru itu nanti dijangka menerima peruntukan antara RM5 hingga RM7 juta.

Katanya, penduduk akan menggunakan Masjid Batu 10 yang tidak berapa jauh sementara kerja pembinaan masjid baru dijalankan.

Sementara itu, Nazir Masjid Al-Amin, Tauhid Ahmad menyatakan pembinaan masjid itu perlu dilaksanakan kerana pertambahan penduduk berlipat kali ganda berbanding ketika ia mula dibina.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.