Categories
SELANGOR

MB terima Resolusi Sayang OKU, sekretariat saran interaksi berterusan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 DIS: Sekretariat Prihatin Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor menyerahkan Resolusi Sayang OKU yang mengandungi 10 perkara kepada Kerajaan Negeri bagi menuntut supaya golongan itu diberi perhatian dalam pelaksanaan kepimpinan negeri, di sini, hari ini.

Resolusi itu diserahkan Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali di lobi sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Antara resolusi itu adalah meminta Kerajaan Negeri membentuk pasukan yang terdiri daripada wakil OKU pelbagai kategori, badan bukan kerajaan (NGO) kebajikan, ibu bapa OKU dan golongan pemikir untuk mengadakan interaksi secara berterusan bagi membincangkan isu berkenaan golongan terbabit.

oku iiiSelain itu, mereka turut menuntut supaya Agensi Pengupayaan OKU diwujudkan sebagai badan pemantau kepada setiap perancangan dan pelaksanaan dasar kerajaan supaya bersifat mesra OKU.

“OKU bukan kelompok masyarakat yang hanya diberi simpati dan bantuan kebajikan sahaja, tetapi mereka mempunyai hak sebagai warganegara Malaysia seperti masyarakat sivil lain.

“Mendidik masyarakat dengan memberi kesedaran berkenaan keperluan dan potensi OKU ke arah masyarakat yang inklusif,” katanya.

Antara lain, mereka turut meminta supaya Kerajaan Negeri melibatkan OKU atau mereka yang berkepentingan pada setiap peringkat kepimpinan, pembuat polisi dan dasar serta memberi hak saksama kepada golongan itu dalam pelbagai aspek antaranya pendidikan juga pengangkutan.

MiMBAR bantu OKU 02Selain itu, mereka meminta supaya Pusat Intervensi Awal Kanak-kanak ditubuhkn bagi mengenalpasti anak OKU seawal mungkin dan menyediakan sistem sokongan seperti Pusat Terapi dan Penjagaan Anak-anak OKU.

“Kita juga menuntut supaya Pusat Khidmat Masyarakat dan pemimpin masyarakat di semua peringkat perlu mengenalpasti dan menyantuni golongan OKU di setiap kawasan serta menubuhkan Pusat Latihan Kemahiran dn Pembangunan OKU.

“Kami berharap Dato’ Menteri Besar terus menerajui kepimpinan negeri ke arah merealisasikan 10 resolusi menjadikan Selangor negeri maju, sejahtera dan berkebajikan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.