Categories
SELANGOR

Belanjawan PBT dikaji, pelarasan sesuai ikut keperluan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 DIS: Kerajaan Negeri akan mengkaji dan melihat belanjawan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor kerana ia perlu diselaraskan dengan kesesuaian dan keperluan setiap agensi berkenaan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, ia langkah penting kerana projek berkepentingan awam perlu dirancang setiap PBT melalui peruntukan disediakan.

ean yong“Pembangunan seperti yang lain dimasukkan ke dalam anggaran belanjawan setiap PBT. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang melihat semula jumlah rizab PBT.

“Ia perlu bersesuaian dengan keperluan dan fungsi PBT bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ng Tien Chee (DAP-Balakong) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Hian Wah (DAP-Seri Kembangan) berkata, jumlah rizab kewangan semua PBT di Selangor selepas mengambil kira liabiliti semasa berdasarkan Penyata Kewangan 2013 dan diaudit adalah RM627.53 juta.

Katanya, laporan terbabit mencatatkan jumlah pemilikan tunai dan simpanan bank RM209.59 juta, simpanan tetap (RM1,511.71 juta) serta liabiliti semasa (RM1,093.77 juta).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.