Categories
SELANGOR

MDKL bertindak atasi pokok uzur bahayakan penduduk

BANTING 22 DIS: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mendapati sebanyak 394 batang pokok perlu ditebang manakala sebanyak 892 pokok lain perlu dibuat pemangkasan.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, MDKL menerima banyak aduan berkaitan dengan masalah pokok teduhan.

Katanya, bagi 2014 sahaja, MDKL menerima sebanyak 210 aduan berkaitan dengan masalah pokok.

“Pokok uzupokok besarr dan berpanyakit boleh mengundang bahaya kepada penduduk mahupun pengguna jalanraya di kawasan operasi MDKL.

“Ini memandangkan setelah pemeriksaan dan pemantauan dilakukan, terdapat banyak pokok perlu diambil tindakan bagi mengelakkan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,”katanya.

Mohd Azhar berkata, kerja penebangan pokok dijalankan di 32 buah kawasan dengan melibatkan penebangan pokok sebanyak 394 batang pokok.

Selain itu juga, tindakan pelaksanaan pemangkasan dan pemotongan pokok ini dijalankan kerana keadaan pokok berpotensi mendatangkan masalah kepada nyawa dan harta benda awam.

Bagi menyelesaikan aduan berkaitan pokok bermasalah itu MDKL melantik sebanyak 26 kontraktor bagi melaksanakan pelan tindakan penyelenggaraan pokok teduhan dan sampah pokok.

Beliau berharap penduduk memahami keperluan MDKL dalam melaksanakan tugas untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk bagi memastikan keceriaan, keselamatan dan harta benda awam dalam keadaan baik.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.