Categories
NASIONAL

OIC dan Kerajaan Malaysia patut mula inisiatif selamatkan Dr Yusuf Al-Qaradawi

SHAH ALAM 22 DIS: Tindakan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menangkap Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi semata-mata kerana mengikut arahan rejim diktator al-Sisi di Mesir bercanggah dengan prinsip demokrasi serta menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Dr Yusuf al-Qardawi sangat besar sumbangannya kepada dunia Islam.

al-Qaradawi“Interpol tidak sewajarnya menerima arahan al-Sisi kerana pemerintahannya adalah zalim,” tegasnya dalam kenyataan media.

Menurutnya lagi, Dr Yusuf al-Qaradawi dalam sejarah hidupannya sebagai seorang ilmuan dan da’i ternama sangat iltizam dengan pemikiran wasatiyyah (sederhana) dan sentiasa memupuk hubungan baik antara penganut-penganut Islam dan bukan Islam.

Justeru, kata beliau pihaknya menyeru kepada Kerajaan Malaysia supaya segera mengambil inisiatif tegas bersama dengan beberapa buah kerajaan di dunia Islam untuk meminta rejim al-Sisi menarik balik tindakan menyenaraikan al-Qaradawi sebagai seorang pengganas dan menyerahkan kepada Interpol.

“Selanjutnya, OIC sebagai sebuah badan penting di dunia Islam seharusnya berperanan bersama lain-lain NGO di seluruh dunia, mencari jalan terbaik bagi menyelamatkan Syaikh al-Qaradawi dari penganiayaan dan penghinaan ke atas dirinya,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.