Categories
SELANGOR

Pampasan bekas kakitangan Abdul Khalid, MBI bakal putus tindakan lanjut

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 6 DIS: Tindakan memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat isu bayaran pampasan lapan bekas kakitangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya akan diputuskan pengurusan baru Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu juga membabitkan syor yang dibawa Jawatankuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

logo SPRMBeliau berkata, pengurusan MBI yang baru sudah memulakan tugas pada 1 Disember lalu dan kini sedang meneliti laporan audit yang dibentangkan pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), baru-baru ini.

“Saya serahkan kepada DNS menentukan untuk memanggil SPRM. Pengurusan baru MBI sudah meneliti laporan audit yang dikemukakan dan mereka akan kemukakan cadangan tindakan yang perlu diambil.

“Pada masa sama, DNS akan menentukan untuk mengadakan pendengaran awam Selcat dan perkara ini akan diputuskan dalam masa terdekat. Keputusannya, saya ingat lebih baik kita serahkan kepada DNS untuk menentukan bentuk tindakan yang perlu diambil,”

azminMenyentuh soal sama ada wang pampasan itu perlu diserahkan semula atau tidak, ia bergantung kepada keputusan pendengaran Selcat.

Laporan audit ke atas bayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada bekas kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim itu dibentangkan di DNS, pada 3 Disember lalu.

Hasil semakan mendapati wujud kesalahan dari segi tatacara dan prosedur bagi pembayaran pampasan itu dan terdapat lebihan pembayaran kepada dua bekas kakitangan Abdul Khalid iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Politik, Mustapha Mohd Talib.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.