Categories
KENYATAAN MEDIA

Penyeksaan CIA terhadap suspek: Malaysia wajib beri penjelasan

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

Satu rumusan daripada laporan panjang yang memperincikan penggunaan paksaan dan penyeksaan oleh Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat selepas serangan pengganas dalam apa yang kini dikenali sebagai peristiwa 9/11 telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Risikan Senat negara itu.

Laporan ini mengandungi perincian grafik cara penyiasatan yang keras yang dikatakan telah digunakan oleh CIA terhadap suspek pengganas yang ditahan.

CIALaporan ini mempunyai kesan rumit kepada Malaysia kerana ia mungkin mendedahkan “peranan luar biasa” negara kita dan negara sekutu yang lain dalam “Perang global terhadap keganasan”, iaitu tangkapan sulit terhadap suspek dan pemindahan mereka ke tempat penahanan rahsia yang disedia untuk tujuan tersebut.

Rumusan laporan ini walaubagaimanapun, memadamkan nama-nama negara sekutu Amerika Syarikat telah dipadamkan.

Sebenarnya, pada Februari 2013, Open Society Justice Initiative menerbitkan sebuah laporan bertajuk “Globalising Torture: CIA Secret Detention and Extraordinary Rendition” yang mendakwa Malaysia telah membantu CIA dalam hal ini sekurang-kurangnya dalam dua kes.

Apa yang dilihat ialah – berbeza dengan dakwaan Tun Dr. Mahathir – Malaysia tidak ada masalah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam hal ini.

Meskipun usaha memerangi keganasan sangat penting dan menjadi keutamaan, Malaysia tidak patut mengkompromi integriti moral dengan cara ini.

Perang terhadap keganasan dan sikap ekstrim adalah perang berkaitan nilai.

Dua ancaman ini hanya mungkin dapat dikalahkan jika masyarakat kita terus berdedikasi dalam menjaga kebebasan sivil dan asasi meskipun kita sedang melindungi kehidupan warga yang lebih ramai.

Sebenarnya, keberkesanan dan kualiti risikan yang hasil amalan penahanan luar biasa telah seringkali dipersoal. Terdapat juga dakwaan bahawa mereka yang tidak bersalah telah secara zalim ditahan sedemikian.

Rumusan ini mendedahkan sekurang-kurangnya seorang individu mati kesan diseksa dan 26 daripada lebih 100 tahanan didapati tidak bersalah.

Sikap paranoid, menggantung kebebasan asasi dan memburukkan suara-suara yang menentang atas sebab “keselamatan” yang boleh dipersoalkan akan digunakan oleh mereka yang mahu menjejaskan dan akhirnya akan memusnahkan sebuah ketamadunan.

Kita mesti ingat ungkapan yang dinisbahkan kepada Benjamin Franklin,: “Mana-mana masyarakat yang mengorbankan sebahagian kebebasan untuk mencapai keselamatan tidak akan mendapat kedua-duanya.”

Amerika Syarikat dan Malaysia perlu menjejaskan kepada rakyat masing-masing, bahkan masyarakat dunia, mengenai perkara jijik dan memalukan ini.

* NIK NAZMI NIK AHMAD ADALAH KETUA ANGKATAN MUDA PARTI KEADILAN RAKYAT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.