Categories
NASIONAL

Rafizi sedia disaman, beli iklan enggan mohon maaf pada Najib & Rosmah

SHAH ALAM, 6 DIS: Naib Presiden Parti Keadilann Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, mengalu-alukan kemungkinan beliau diseret ke mahkamah oleh perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung misteri sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah jika disaman berhubung isu cincin itu,.

“Cincin itu menjadi satu tanda tanya selama bertahun-tahun. Saya pasti ramai peguam mahu menyoal balas Rosmah,” katanyayang dipertik dari Malaysia Kini.

rafiziBeliau juga tidak pernah berfikir untuk membeli iklan dalam akhbar dan memohon maaf kepada Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, beliau sedang mempertimbang untuk membeli iklan bagi menyatakan keengganannya untuk memohon maaf.

“Kita tengok akhbar mana yang sanggup terbitkan iklan itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.