Categories
SELANGOR

Selangor sumbang RM332,550 kepada Gereja, persatuan kebajikan Kristian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 14 DIS: Sebanyak 31 buah Gereja dan persatuan kebajikan Kristian di seluruh Selangor menerima sumbangan diantara RM5,000 hingga RM25,000 bagi menjalankan aktiviti masing-masing.

Sumbangan keseluruhan yang berjumlah RM332,550 itu disampaikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali di Program Rumah Terbuka Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam tadi.

Sementara itu ketika merasmikan majlis terbabit, Mohamed Azmin berkata langkah memulangkan kembali kitab Bible kepada masyarakat Kristian bukanlah suatu tindakan politik.

“Kita mengamalkan toleransi dan hendaklah menghormati perbezaan dan sensiviti kepercayaan agama.

“Sebab itu sebaik sahaja saya diberikan amanah menerajui Selangor saya percaya al-kitab mesti dikembalikan kepada masyarakat Kristian dan ini bukanlah sebab politik tetapi disebabkan kepercayaan Pakatan Rakyat (PR) ini, Bible hendaklah dikembalikan.

“Alhamdulillah saya bangga untuk katakan hari ini kita mengotakan janji ini dan memulangkan 351 al-kitab kepada masyarakat Kristian,” kata Mohamed Azmin di hadapan kira-kira hampir 1,000 hadirin yang menghadiri majlis rumah terbuka itu.

Tambah beliau, masyarakat hendaklah menjauhkan diri daripada menimbulkan sebarang konflik atau prasangka antara kita.

Sebaliknya, jelas Mohamed Azmin, kepelbagaian agama dan budaya merupakan kekuatan masyarakat majmuk bagi memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.