Categories
SELANGOR

31 Jan: Mengenang R.Arumugam penjaga gol terbaik Asia

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 31 JAN: Selepas 27 tahun meninggalkan kita semua, kehebatan mendiang Datuk R. Arumugam, mengawal gawang gol daripada dibolosi masih kekal dalam ingatan rakan sepasukan dan juga lawan.

Ini jelas seperti diceritakan pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang ketika dihubungi Selangor Kini baru-baru ini.

ArumugamBagaimanapun nama mendiang yang turut digelar ‘Spiderman Malaysia’ itu kurang disebut seperti mana Allahyarham Mokhtar Dahari.

Ini disebabkan kelaziman mana-mana pemain posisi penjaga gol tidak mencipta nama besar sebagai penjaring gol.

“R. Arumugam ini sememangnya diakui di benua Asia merupakan antara yang terbaik dan kali pertama saya mengulas perlawanan membabitkan mendiang di Kuantan ketika itu Pahang bertemu Selangor dalam Piala Malaysia.

“Pahang masa itu memang hebat mereka ada Rosmaini, Hamidon dan sebagainya. Mereka boleh mengatasi Soh Chin Aun dan sebagainya tetapi nak mengatasi Arumugam memang sesuatu yang sukar,” kata Hasbullah.

Katanya penjaga gol mempunyai tugas tersendiri dan besar mengawal gawang gol daripada dibolosi pihak lawan dan ini memberikan tekanan tinggi serta tidak ramai yang mampu melakukan.

“Saya fikir dia setaraf seperti Mohktar dan sebagainya,” kata Hasbullah.

Jelas Hasbullah lagi, perkara ini turut diakui bintang-bintang bola sepak Asia ketika itu seperti bekas penyerang Singapura, Fandi Ahmad.

“Kadang-kadang walaupun berhadapan dengan penyerang lawan, ‘one by one’ dia masih dapat menyelamatkan keadaan.

“Tanya Fandi Ahmad, dia tahu untuk memperdayakan Arumugam memang susah. Arumugam seperti boleh mengagak mana arah tendangan akan dilakukan,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.