Categories
SELANGOR

71.30% pantai di Selangor berhadapan ancaman hakisan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 16 JAN: Sebanyak 71.30 peratus pantai di Selangor mengalami hakisan berdasarkan rekod yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Peratusan hakisan pantai yang berlaku di Selangor adalah ketiga tertinggi selepas Kelantan (73.40) dan Perlis (72.50) berdasarkan bilangan pantai yang berbeza di negeri masing-masing.

HakisanDaripada peratusan itu, sebanyak 20 buah pantai di seluruh Selangor berdepan masalah hakisan.

Pesisir pantai negeri Selangor diselaputi pantai berselut sepanjang 291 kilometer (km) dan disempadani oleh lima buah daerah, antaranya Sabak Bernam (60km), Kuala Selangor (60km), Klang (76km), Kuala Langat (80km) dan Sepang (15km).

Berdasarkan kajian Hakisan Pantai Kebangsaan yang dijalankan pada tahu 1984 hingga 1986, sejumlah 29 peratus daripada jumlah pesisir pantai negeri Selangor mengalami hakisan pada pelbagai tahap.

Hakisan pantai berlaku disebabkan proses semulajadi yang tidak dapat dielakkan, antaranya ombak, angin, arus dan pasang surut.

Hakisan1Selain itu, ia juga berpunca daripada aktiviti pembangunan di sepanjang persisiran pantai seperti tebus guna laut, pengorekan, perlombongan pasir laut, penebangan hutan paya bakau dan pembinaan struktur yang menggangu keseimbangan dinamik pantai.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.