Categories
SELANGOR

Adun Permatang cadang struktur semula Belanjawan Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 JAN: Kerajaan Negeri perlu menimbang semula Belanjawan Selangor 2015 ekoran kejatuhan harga minyak mentah dan kemurungan ekonomi.

Adun Permatang, Sulaiman Abduk Razak berkata kesan berkenaan bukan sahaja memberi kesan kepada negeri tetapi juga negeri termasuk Selangor.

sulaiman abdul razakKatanya, potongan perbelanjaan boleh dilakukan terhadap sektor kurang berkepentingan untuk menjamin kestabilan ekonomi negeri.

“Walaupun rizab tinggi tetapi saya rasa barisan Menteri Besar dan Exco perlu struktur semula belanjawan yang diumumkan sebelum ini.

“Tetapi itu terpulang kerana mereka lebih tahu mengenai unjuran yang dibuat termasuk pendapatan daripada cukai dan sebagainya,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditanya keperluan Kerajaan Negeri menstruktur semula belanjawan selepas Kerajaan Pusat mengumumkan pelarasan strategi belanjawan pusat.

Pada November lepas, Kerajaan Negeri membentangkan belanjawan defisit dengan peruntukan RM2.42 billion.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.29 bilion (53.19 peratus) diperuntukan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM1.13 bilion (46.81 peratus) bagi perbelanjaan pembangunan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.