Categories
SELANGOR

Adun minta selesai isu jalan rosak, penyelaras sahkan tindakan sudah diambil

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) digesa mengambil tindakan segera bagi mengatasi jalan berbahaya dan rosak di beberapa lokasi sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara.

Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan berkata, jalan yang dikenalpasti bermasalah adalah sepanjang jalan utama dari Masjid Kuning ke arah Restoran Zubaidah di Seksyen 5, jalan utama dari lampu isyarat UpTown Kota Damansara berhadapan restoran McDonalds, stesen minyak Shell dan Restoran Siddiq.

jalan berlubangSelain itu, katanya, masalah sama turut berlaku di jalan utama belakang Sekolah Seksyen 10 menghala ke Seksyen 8, sepanjang jalan utama berhadapan Pejabat Adun Kota Damansara dan jalan utama Seksyen 7.

“Sebelum ini, beberapa aduan sudah dikemukakan tetapi hingga hari ini tiada tindakan yang diambil pihak berwajib bagi menangani masalah yang menganggu penduduk kawasan terbabit.

“Untuk makluman, beberapa kemalangan juga berlaku kerana kerosakan terbabit. Ia membahayakan penunggang motosikal dan pemandu yang melalui kawasan bermasaalah ini.

halimaton“Sehubungan itu, kita berharap tindakan segera akan diambil sebelum berlaku kemalangan yang mungkin akan menyebabkan nyawa melayang,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Penyelaras Dun Kota Damansara, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, pihaknya sedia maklum berhubung masalah berkenaan dan akan bertindak segera.

“Semua jalan yang disenaraikan sudah diketahui dan diadukan kepada MBPJ melalui ahli majlis. Tindakan susulan MBPJ sudah dijalankan sebelum aduan dibuat Halimaton.

“Kami difahamkan kerja penampalan dan penurapan sudah dimulakan di beberapa kawasan dan ada yang akan dimulakan dalam kadar segera.

“Pejabat Penyelaras Dun sentiasa peka dengan keadaan infra asas seperti jalan raya di dalam kawasan ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.