Categories
SELANGOR

APA KES? MBSA & MPSJ bekerjasama, komited selesai isu jalan Seksyen 26

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 8 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) komited memastikan isu jalan yang menghimpit penduduk Taman Bukit Saga dan Taman Tanamerah selama ini dirungkai dengan penyelesaian holistik.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penyelesaian itu mengambil sedikit masa sebelum ini kerana melibatkan peranan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, hal itu kerana dua kawasan perumahan terlibat terletak di sempadan wilayah seliaan MBSA (Taman Bukit Merah) dan MPSJ (Taman Tanamerah).

J2“Mesyuarat berhubung perkara itu sudah diadakan melibatkan MPSJ, JKR dan Ahli Majlis serta komuniti setempat bagi membincangkan isu yang timbul dan cadangan penyelesaian,” katanya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

Melalui perbincangan itu, MPSJ akan menyediakan satu laluan alternatif melibatkan kawasan perumahan Tanamera.

Sementara itu, JKR diminta menyediakan bukaan pusingan U di persiaran Kuala Selangor dan melebarkan susur ke Persiaran Klang.

“Perkara ini melibatkan tindakan MPSJ dan JKR. MBSA sudah mengutuskan surat pemakluman kepada mereka supaya mengambil tindakan terhadap apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu,” katanya.

MBSA-Shahrin AhmadSebelum ini, status Jalan Bukit Hijau 26/24, Taman Bukit Saga itu menjadi pertikaian antara penduduk terlibat.

Penduduk membangkitkan isu keselesaan dan jaminan keselamatan dalam kawasan kediaman ekoran laluan itu menjadi jalan pintas pelbagai kenderaan termasuk lori untuk mengelakkan kesesakan trafik di waktu puncak dari Persiaran Klang untuk ke Puchong.

Bagaimanapun, penduduk tidak bersetuju jalan bersebelahan stesen minyak itu ditutup sepenuhnya kerana ia laluan keluar ke arah Puchong/Putra Jaya/Cyberjaya dan penutupannya juga menyebabkan mereka terpaksa membuat pusingan U sejauh dua kilometer untuk masuk ke taman perumahan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.