Categories
NASIONAL

Apa motif lukisan ‘Kenapamu, Malaysia?

SHAH ALAM, 29 JAN: Pemuda PAS menggesa pelukis Vincent Leong menjelaskan motif sebenar beliau menghasilkan lukisan penuh kontroversi dan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.

vincent leongKetua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, pelukis itu tidak boleh terus membiarkan tanda tanya berlaku dalam kalangan masyarakat negara ini terhadap lukisan terbabit kerana ramai beranggapan ia menghina institusi diraja.

“Saya tidak tahu apa maksud sebenar pelukis. Jika ia bertujuan untuk menghina, bagi saya Vincent sudah melukai hati rakyat Malaysia,” katanya yang dipetik dari Harakah Daily.

Suhaizan-KaiatSuhaizan berkata, pihak berkuasa boleh memanggil pelukis itu untuk mendapatkan keterangan berhubung motif sebenar lukisan terbabit dihasilkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan karya yang dihasilkan Vincent yang memaparkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada pameran seni Art Stage Store 2015 yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands, Singapura, pada 22 hingga 25 Januari lalu.

Selain karya terbabit, Vincent turut mempamerkan karya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan sisi sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published.