Categories
SELANGOR

ATF jadi landasan antarabangsa promosi kempen Tahun Melawat Selangor 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 JAN: Tourism Selangor akan menyertai Forum Asean Tourism Forum (ATF) bagi mempromosikan pusat pelancongan menarik seluruh negeri itu sempena Tahun Melawat Selangor 2015, pada 27 hingga 29 Januari ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, forum dua hari yang dilangsungkan di Myanmar itu menjadi medan pertemuan penggerak pelancongan seluruh Asia Tenggara.

“Kita akan adakan pameran dan interaksi dengan penggerak pelancongan seluruh Asia Tenggara.

PANTAI MORIB“Tourism Selangor akan bawa produk pelancongan negeri ini bersama empat lagi agensi lain yang akan turut serta,” kata Elizabeth ketika dihubungi Selangor Kini.

Antara agensi lain yang turut serta adalah One World Hotel, Shah Alam Convention Centre (SACC) dan Kidzzania.

Delegasi Selangor akan diketuai Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin.

Elizabeth Wong Komen Khaled NordinElizabeth berkata, beliau yakin industri pelancongan di Selangor bakal menerima impak positif daripada forum pelancongan terbesar di Asia Tenggara itu.

Katanya, bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Selangor 2015, Kerajaan Negeri mengadakan pelbagai promosi dalam dan luar negara bagi menggalakkan industri pelancongan di negeri itu.

“Antaranya termasuk menyertai pelbagai pameran antarabangsa di serata dunia demi memastikan sasaran yang disasarkan tercapai,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.