Categories
SELANGOR

ATF jadi landasan antarabangsa promosi kempen Tahun Melawat Selangor 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 JAN: Tourism Selangor akan menyertai Forum Asean Tourism Forum (ATF) bagi mempromosikan pusat pelancongan menarik seluruh negeri itu sempena Tahun Melawat Selangor 2015, pada 27 hingga 29 Januari ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, forum dua hari yang dilangsungkan di Myanmar itu menjadi medan pertemuan penggerak pelancongan seluruh Asia Tenggara.

“Kita akan adakan pameran dan interaksi dengan penggerak pelancongan seluruh Asia Tenggara.

PANTAI MORIB“Tourism Selangor akan bawa produk pelancongan negeri ini bersama empat lagi agensi lain yang akan turut serta,” kata Elizabeth ketika dihubungi Selangor Kini.

Antara agensi lain yang turut serta adalah One World Hotel, Shah Alam Convention Centre (SACC) dan Kidzzania.

Delegasi Selangor akan diketuai Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin.

Elizabeth Wong Komen Khaled NordinElizabeth berkata, beliau yakin industri pelancongan di Selangor bakal menerima impak positif daripada forum pelancongan terbesar di Asia Tenggara itu.

Katanya, bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Selangor 2015, Kerajaan Negeri mengadakan pelbagai promosi dalam dan luar negara bagi menggalakkan industri pelancongan di negeri itu.

“Antaranya termasuk menyertai pelbagai pameran antarabangsa di serata dunia demi memastikan sasaran yang disasarkan tercapai,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Tourism negeri kerja keras jayakan Tahun Melawat Selangor 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 JUL: Tourism Selangor akan bekerja keras bagi memastikan kempen Tahun Melawat Selangor 2015 berjalan lancar dan mendapat sambutan pelancong dalam dan luar negara.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata gerak kerja kempen itu akan dimulakan selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang akhir bulan ini.

bukit-melawati-main-board“Kami di Tourism Selangor tidak boleh tunggu masuk tahun 2015 untuk memulakan kempen mempromosi Tahun Melawat Selangor 2015. Selepas raya nanti, kerja promosi akan dimulakan ‘full swing’ bagi memastikannya berjalan lancar, sekali gus menjayakan Tahun Melawat Selangor 2015.

“Kita sama-sama boleh jadi duta kecil Selangor di mata dunia,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa Tourism Selangor Bersama Media di Hotel Empire, di sini, semalam.

Noorul Ashikin turut melahirkan peranan yang dimainkan media bagi memperkenalkan pelbagai distinasi menarik di Selangor.

Noorul Ashikin“Peranan yang dimainkan anda semua sangat bermakna bagi kami di Tourism Selangor. Kami boleh dihubungi bila-bila masa supaya dapat membantu apa yang diperlukan untuk penulisan artikel anda untuk sebarang lokasi pelancongan di Selangor,” katanya.

Sementara itu, dianggarkan lebih 50 hadir dalam majlis berbuka puasa bagi meraikan pengamal media itu, selain bloger pelancongan yang sering menulis isu pelancongan di Selangor.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB:Penstrukturan air di peringkat akhir

Sinopsis

1. MB: Puncak Niaga terima tawaran pengambilalihan, penstrukturan di peringkat akhir

2. El Nino: Selangor tiada rancangan catu air, mampu sedia bekalan secukupnya

3. MB: Telekomunikasi 4G seluruh Selangor jana pendapatan negeri

4. MB: Kit Halal kesan DNA babi dalam tempoh singkat dibangunkan

5. MB puas hati perjalanan Dialog Belanjawan, idea peserta bermakna

6. MB: Peruntukan perbaiki lif pangsapuri dirangka ketahui jumlah tepat

7. MB: ‘Selangor Japanese Industrial Park’ dibangun tarik pelaburan asing

8. Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

9. Anwar: Jabatan Agama perlu berhemah elak persepsi negatif

10. Anwar: Kritik Sultan, jika Umno dan Utusan buat tak apa

11.Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

12.Keunikan burung berhijrah merentas benua boleh jadikan Selangor terkenal

13.Pemilihan PKR: Jadual pemilihan semula bocor walau JPP belum umum

14.Peruntukan ditambah semarak promosi Tahun Melawat Selangor 2015

15.Jadikan Sekinchan model pembangunan pelancongan berjaya

16.ACP Azmi Ketua Polis Petaling Jaya baru

layari http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Sasar 10 Juta Pelancong Menjelang 2018

maskot sekinchan elizabeth ng suee lim 01

SHAH ALAM 26 JULAI : Menjelang 2018, Kerajaan Negeri mensasarkan seramai 10 juta pelancong akan melawat Selangor, kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong.

Elizabeth berkata anggaran tersebut berdasarkan peningkatan jumlah pelancong setiap tahun dan sasaran 7 juta pelancong Kerajaan Negeri untuk program Tahun Melawat Selangor 2015.

Beliau berkata setakat ini jumlah kemasukkan pelancong mencatatkan perkembangan yang positif iaitu 6 juta pada tahun lepas.

Katanya, bagi merealisasikan sasaran 10 juta itu, Kerajaan Negeri akan mengubah strategi promosi.

“Kita juga mahu melatih pemandu pelancong supaya fasih berbahasa asing bukan sahaja bahasa Inggeris. Ini kerana penambahan pelancong ke Selangor terdiri dari pelancong yang bukan dari Eropah.

Selain itu, Kerajaan Negeri akan menaiktaraf dan menyelenggara tapak-tapak pelancongan dalam tempoh lima tahun ini untuk memberi nilai tambah dan memperkukuhkan produk sedia ada.

Beliau menyasarkan empat kawasan luar bandar yang perlu diberi perhatian, antaranya Sabak Bernam, Kuala Langat, Hulu Langat dan Hulu Selangor.

Tambah Elizabeth, sekurang-kurangnya 300 tapak perlancongan yang sedia telah dikenal pasti untuk dibaik pulih atau dipromosikan.

“Ia merangkumi penyelenggaraan kawasan sekitar, membaik pulih kemudahan awam serta menambah baik struktur bangunan sedia ada,” katanya.

“Tetapi jumlah itu mungkin kita tidak akan lakukan semua. Kita bergantung kepada keperluan kawasan itu juga.

“Sebagai contoh, kawasan Sekinchan yang kini berkembang sebagai pusat perlancongan. Jika kita ke hadapan sedikit seperti Sabak Bernam sudah tentu akan berkembang kerana ia mempunyai potensi besar untuk dimajukan.

“Kita mahu tempat-tempat ini dinaiktaraf sehingga mendapat status perlancongan antarabangsa, kita mahu pelancongan asing dan dalam negara datang ke kawasan itu kerana ia akan meningkatkan taraf kewangan penduduk kampung dan penduduk tempatan,” katanya.