Categories
SELANGOR

Datuk Bandar baharu komited selesai isu sampah di Shah Alam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 DIS: Datuk Bandar Shah Alam yang baharu, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saadakan memberi keutamaan dan penekanan dalam penyelesaian isu sampah di bandaraya berkenaan.

Beliau yang akan mengangkat sumpah pada 14 Disember ini berkata, antara isu yang menjadi keutamaan beliau selain sampah adalah longkang dan landskap di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Ini antara beberapa isu yang akan saya beri keutamaan kerana sangat berkait rapat dengan kepentingan hidup masyarakat di Shah Alam.

jais“Keindahan persekitaran juga penting bagi keselesaan penduduk dan sebab itu landskap juga akan diberi tumpuan nanti,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Beliau berkata, langkah terperinci bagi mengatasi isu terbabit akan diumumkan sejurus mengangkat sumpah nanti.

Ahmad Zaharin adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam bagi menggantikan Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan yang bersara, pada 1 November lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khsurin Munawi dalam pengumumannya berkata, perlantikan Ahmad Zaharin berkuatkuasa, pada 2 Januari lalu dan kerusi Pengarah JAIS akan disandang Datuk Haris Kasim yang sebelum ini Pegawai Daerah Hulu Langat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.