Categories
NASIONAL

Fitnah 2: Anak muda diseru ke Putrajaya 10 Februari

SHAH ALAM, 28 JAN:  Keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah detik penting dalam sistem kehakiman dan hala tuju politik Malaysia.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa anggotanya dan seluruh anak muda hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, pada 10 Februari ini.

“10 Febuari ini tarikh penting, ia adalah hari yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia. Anak muda mengidamkan sistem keadilan yang adil dan telus di negara ini terus dipertahankan,”

anwar mahkamah (2m)“Kehadiran anak muda sebagai simbol kita tidak rela sistem kehakiman dipengaruhi konspirasi politik pihak tertentu,” tegas Naib Ketua AMK, Fahmi Fadzil yang dipetik Keadilan Daily.

Sementara itu, Pengarah Strategik AMK, Akmal Nasir berkata, beliau meminta ahli PKR tidak mengambil mudah perkara itu walaupun yakin Anwar akan dibebaskan.

“Berdasarkan bukti dan hujah yang dikemukakan peguam pada perbicaraan lalu, kita sangat yakin bahawa Ketua Umum akan dibebaskan.

“Tetapi kita tidak harus ambil mudah, kita tahu tuduhan itu bermotif politik dan perlu terima hakikat apa sahaja akan berlaku.

demo lynas“10 Febuari adalah hari terakhir anak muda harus hadir bagi menyatakan sokongan kepada Anwar,” katanya.

Anwar kini berdepan risiko dipenjarakan sekali lagi selepas dibebaskan oleh mahkamah pada 2004 atas tuduhan yang hampir sama.

Kes Fitnah II ini dilihat satu lagi konspirasi politik dalam usaha menghancurkan karier politiknya selepas kejayaan Pakatan Rakyat mengenepikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published.