Categories
SELANGOR

KDEB sumbang Zakat Perniagaan RM83,500 bantu 21 siswa

SHAH ALAM 28 JAN: Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menyerahkan sumbangan berjumlah RM83,500 kepada 21 penerima terdiri daripada siswa institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan.

Majlis penyerahan cek disempurnakan Pengurus Besar Kewangan dan Pentadbiran, Suzila Khairuddin dan disaksikan Ketua Pegawai Agama, Zaharudin Muhammad, bertempat di Plaza Perangsang, Shah Alam.

kdeb-biz titheSuzila berkata, pada 2013, KDEB membayar zakat perniagaan berjumlah RM756,593.41 dan sumbangan itu merupakan siri pertama pengagihan semula 3/8 zakat berjumlah RM283,722.53 kepada siswa untuk melanjut pengajian dan pembinaan sebuah surau.

“Sumbangan itu bertujuan menampung yuran pengajian siswa majoritinya daripada keluarga kurang kemampuan.

“Seramai tiga siswa sedang menuntut di Jordan Mesirdan United Kingdom, manakala 15 lagi sedang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan”, kata Suzila.

Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Amin Suhaimi berkata, sumbangan itu membantunya menjelaskan yuran tertunggak berjumlah RM4,000.

“Ayah saya orang kurang upaya dan bekerja sebagai seorang guru agama yang meraih pendapatan RM800.00 sebulan,” kata Amin.

Sementara itu, Bendahari Surau As-Syakirin, Taman Pahlawan, Teluk Panglima Garang,Abdul Rahim Mohd Zain berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada KDEB atas sumbangan diberikan untuk pembinaan surau.

“Kami berusaha memohon dana sebanyak RM15,000 daripada dermawan lain untuk membina sebuah bilik stor dan utiliti untuk tempat penyediaan makanan dan minum,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.