Categories
SELANGOR

Kak Wan bantu penduduk Kajang selesai masalah setempat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sentiasa meluangkan masa untuk turun padang mendengar rintihan penduduk di kawasan beliau, sekali gus membawa setiap persoalan kepada pihak yang berkenaan.

Baru-baru ini, Wan Azizah membuat lawatan ke Sungai Chua bagi melihat sendiri kejadian tembok yang roboh akibat banjir ekoran masalah perparitan.

wan azizah4Dalam lawatan terbabit, Wan Azizah yang lebih dikenali sebagai Kak Wan juga meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk kawasan terbabit.

Beliau turut berkesempatan melawat Kolam Tadahan Air Sungai Jelok yang tidak diselenggara dengan baik.

“Kak Wan dapat lihat terdapat anak kecil yang mandi di kolam itu sewaktu hujan renyai..bahaya untuk mereka,” tulisnya dalam akaun Facebook.

Selain itu, Kak Wan turut meluangkan masa ke Sungai Kantan bagi melawat tempat pengumpulan barang untuk mangsa banjir.

Dalam lawatan seharian bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu, wakil PBT itu turut berjanji akan menyelesaikan beberapa masalah bagi kawasan yang dilawati mereka termasuk membantu penduduk mengatasi masalah banjir kilat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.