Categories
SELANGOR

Selangor tubuh jawatankuasa khas pastikan SOP pembangunan dipatuhi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 JAN: Kerajaan Selangor akan memastikan kelulusan setiap pembangunan di negeri itu akan dilakukan dengan lebih berhati-hati iktibar daripada musibah bencana alam di Pantai Timur, baru-baru ini, .

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin berkata, kelulusan setiap pembangunan yang dipohon perlu memegang prinsip pembangunan yang berkualiti dan peduli rakyat.

Katanya, keputusan berhubung perkara terbabit diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN), baru-baru ini.

melawat tanah runtuh“Dengan perubahan cuaca ketika itu, adalah menjadi cabaran kepada Kerajaan Negeri untuk lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan membabitkan pembangunan.

“Tiada makna pembangunan tetapi memberi kesan negatif kepada rakyat.

“Kelulusan selepas ini perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan supaya tidak berulang lagi,” katanya selepas Pelancaran Misi Bantuan Pembersihan Bencana Banjir Kelantan, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin berkata, satu jawatankuasa akan dibentuk bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) diikuti.

“Kita jadikan kejadian itu sebagai pengajaran. Ini bermakna, ia termasuk cerun bukit, sistem perparitan dan kolam tadahan air perlu diambil serius.

“Kita juga mahu 30 peratus hutan simpan di negeri ini dikekalkan. Kerajaan Negeri sudah meminta penasihat undang-undang untuk mengambil satu tindakan keras bagi kejadian pencerobohan supaya tidak berlaku seperti di Cameron Highland,” katanya.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.