Categories
SELANGOR

Setiausaha Kerajaan Negeri teliti semula pemecatan kakitangan PKNS

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 JAN: Selangor meminta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Khusrin Munawi meneliti semula perkara berkaitan pemecatan hampir 30 kakitanganĀ PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau tidak akan bersikap lepas tangan berhubung perkara itu.

Mohamed Azmin berkata, beliau juga akan memastikan kakitangan anak syarikat PKNS yang terlibat mendapat keadilan.

misi 3“Saya salah seorang mangsanya. Jadi, tak benar jika kata saya lepas tangan. Memang kita beri perhatian dan sudah minta datuk setiausaha meneliti perkara ini sama ada penamatan itu ikut undang-undang yang ada.

“Jika tidak, keperluan untuk memberikan keadilan kepada pegawai yang terlibat harus diberikan,” katanya Pelancaran Misi Bantuan Pembersihan Bencana Banjir Kelantan, di Dataran SUK, di sini, hari ini.

Pada 4 Februari lalu, media melaporkan 23 kakitangan kontrak PKNS menerima notis pemecatan 24 jam berkuatkuasa serta-merta.

Salah seorang kakitangan terbabit berkata, mereka menerima notis pemecatan itu tanpa alasan munasabah, kira-kira jam 9 pagi, hari yang sama.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.