Categories
SELANGOR

MBPJ terima 14 pengiktirafan sepanjang 2013-2014

Oleh: AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA, 28 JAN: Sebanyak 14 pengiktirafan dan anugerah diterima Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari organisasi dalam dan luar negara sepanjang 2013 hingga 2014 berdasarkan pelbagai inisiatif tadbir urus pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Pemangku Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md Taib, berkata pengiktirafan diterima perlu dijadikan dorongan warga kerja Majlis dalam memberi perkhidmatan terbaik.

MBPJKatanya semua pihak perlu bekerja satu pasukan saling menghargai kekuatan antara satu sama lain, mengamalkan komunikasi terbuka serta menunjukkan kepercayaan dan rasa hormat antara Majlis dan pihak berkepentingan.

“Penyampaian perkhidmatan cekap, berkesan dan mesra pelanggan penting dalam usaha membentuk perkhidmatan perbandaran memenuhi keperluan serta harapan rakyat.

“Kita semua mesti bekerja keras memastikan sistem penyampaian perkhidmatan Majlis dapat menepati kehendak masyarakat ,” katanya pada Mesyuarat Penuh MBPJ, hari ini.

Antara pengiktirafan diterima MBPJ adalah Penarafan 4 Bintang Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti 2013, Penghargaan PBT Prihatin Kategori Bandaraya Mesra OKU 2014 dan Certificate of Recognition for Outstanding Initiative on Urban Inovation for the 2nd Guangzhou International Award.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.