Categories
SELANGOR

MPK berjaya kutip kompaun RM1.5 juta sehingga 31 Disember

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya mengutip lebih RM1.5 juta bagi tiga jenis kompaun sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, tiga jenis kompaun terbabit adalah trafik lalu lintas, kawalan perumahan dan kawalan perniagaan.

Kompaun trafik lalu lintas mencatat 59,197 bilangan dengan jumlah bayaran RM970,518 berjaya dikutip pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

mpk tarik keta 2Sementara itu, bagi kompaun kawalan perumahan pula, 176 kompaun dikenakan dengan jumlah berjaya dikutip adalah RM364,750.

Manakala, bagi kawalan perniagaan adalah 905 kompaun dengan jumlah keseluruhan kutipan RM213,280.

MPK sebelum ini memandang serius isu premis haram termasuk kediaman yang diubah suai menjadi premis perniagaan dan akan bertindak tegas terhadap pengusaha atau pemilik tanah.

Selain itu, MPK giat menjalankan serbuan ke atas premis perniagaan yang menyalahi undang-undang, manakala bagi semua lesen premis rumah urut, pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan serta pusat refleksologi yang mahu diperbaharui tidak akan dilakukan serta-merta seperti biasa.

Norfiza-Mahfiz-(MPK)Sebaliknya, ia akan melalui proses permohonan semula dan akan dibawa untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Urut dan Jawatankuasa Kawalan Perniagaan.

MPK juga melakukan tindakan pemantauan dan kawalan penguatkuasaan di seluruh pasar pagi serta malam yang dilakukan secara bersepadu mulai Januari tahun lalu dengan waktu operasi bermula dari jam 3.00 petang sehingga selesai kerja pembersihan tapak.

Pegawai dari Jabatan Pelesenan dan anggota penguatkuasa akan ditempatkan di tapak pasar malam untuk kawalan lalu lintas, penguatkuasaan peniaga tanpa lesen serta peniaga warga asing.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.