Categories
SELANGOR

MPSJ perlu giat makluman sebelum laksana parkir berkupon

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 14 JAN: Penduduk Subang Jaya mempunyai pandangan berbelah bahagi berhubung pelaksanaan parkir berkupon yang akan berkuatkuasa, awal Februari ini.

Tinjauan Selangor Kini hari ini juga mendapati kebanyakan yang ditemui masih tidak maklum akan perkara berkenaan.

khairil azahar bin ismail 39Pekerja swasta, Khairil Azhar Ismail, 39, berkata Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) perlu mempergiatkan makluman kepada orang ramai terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terbabit.

“Kita juga mengharapkan kadar yang akan dikenakan nanti tidak terlalu membebankan penduduk di kawasan pentadbiran MPSJ sendiri.

“Hal ini kerana Subang Jaya masih bertaraf perbandaran dan bukan seperti Shah Alam atau Petaling Jaya yang bertaraf bandar raya,” katanya, di sini, hari ini.

Semalam, MPSJ mengumumkan pelaksanaan itu membabitkan Subang Jaya, Puchong/Kinrara dan Seri Kembangan/Sri Serdang meliputi sebahagian besar kawasan untuk perkhidmatan berkenaan.

rozie binti che rose 50Sementara itu, kakitangan hospital, Rozie Che Rose, 50, mengalu-alukan penggunaan kupon jika dibandingkan dengan mesin parkir yang sering berhadapan masalah teknikal hingga menyusahkan orang ramai.

“Bagaimanapun, kupon parkir yang berbeza di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) agak menyusahkan.

“Lebih baik jika satu Selangor menggunakan sistem kupon yang sama kerana lebih praktikal dan memudahkan orang ramai,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.