Categories
SELANGOR

Pelumba Cub Prix Orang Asli, 4 kali naik podium tapi tak dapat penaja

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 JAN: Bakat pelumba muda Team OA Racing Team, Abdul Affendi Hadi, 18 dan Aizil Azri Hadi,13 bakal menjadi sia-sia sekiranya pasukan yang diwakili dua adik beradik itu terus dipinggirkan daripada sebarang penajaan mana-mana syarikat.

Ini berikutan Abdul Affendi yang merupakan pelumba utama pasukan yang berpangkalan di Kampung Bukit Tadom, Banting itu terbukti mampu pergi lebih jauh apabila berjaya mencatatkan empat kemenangan podium pada Malaysia Cub Prix tahun lalu.

10487594_10152978474499351_8856023779091463102_nAbdul Affendi, walaupun hanya menyertai tujuh pusingan sahaja daripada 10 pusingan keseluruhan juga berjaya menduduki tempat keempat secara keseluruhan.

Pengurus kedua-dua pelumba muda terbabit, Hadi Anak Jembik berkata, walaupun pihak beliau pernah mencuba mendapatkan penajaan daripada beberapa syarikat pemotoran terkenal tetapi gagal.

“Saya tak tahu kenapa. Adakah mereka pilih kasih sebab kami Orang Asli sedangkan sepatutnya tengok pencapaian pelumba saya.

“Perlumbaan Cub Prix memerlukan perbelanjaan besar sebab itu kami hanya dapat sertai tujuh pusingan sahaja tahun lepas kerana masalah kewangan,” kata Hadi yang juga bapa kepada kedua-dua pelumba berbakat itu.

Pada tahun lepas, Abdul Affendi yang menunggang jentera Honda 115 berjaya menduduki tempat ke 3 di Cup Prix di Shah Alam, Jempol dan Temerloh dan naib juara bagi pusingan di Sepang.

Beliau juga berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan walaupun menghadapi saingan daripada pasukan lain yang menerima tajaan ratusan ribu ringgit setahun.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.