Categories
SELANGOR

Penduduk sokong pembangunan bijak Datum Jelatek

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Penduduk setempat menyambut baik pembangunan Datum Jelatek di Taman Keramat, di sini, yang disifatkan bakal merubah wajah kawasan itu menjadi lebih maju dan berdaya saing.

Pesara kerajaan, Ali Mohamad, 60, berkata tiada sebab untuk menolaknya jika ternyata projek itu mampu membawa pulangan menguntungkan pelbagai pihak termasuk penduduk di situ.

Ali Mohamad“Kalau ia membuat pembaharuan baik, tiada sebab kita nak mempersoalkannya. Asalkan ia tidak mengganggu gugat tempat lain atau tempat lama,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, pemaju melakukannya secara betul dan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa maka masyarakat sewajarnya memberi kerjasama bagi menjayakannya.

“Kepada pihak menentang, mereka harus berhati-hati kerana apabila kita nak menentang mesti duduk semeja dengan pihak berwajib. Kalau dipanggil berdialog, datang. Tiada jawapan yang tidak boleh dijawab.

“Berbincang itu lebih baik daripada kita bermusuhan antara satu lain,” katanya berminat supaya anaknya membeli unit hartanah di Datum Jelatek.

Dr Ted Adzelan, 50, berkata projek dijayakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai pembangunan bermanfaat berikutan nilai hartanah akan meningkat yang membawa keuntungan kepada kerajaan dan orang ramai.

_MG_1602“Kita dah lihat apa berlaku seperti di Sentul, Brickfield dan sebagainya. Dulu memang kita di luar bandar, bila berlaku pembangunan maka sekarang kita di kawasan bandar. Saya kira kini masa bagi Keramat untuk maju,” katanya.

Beliau juga kecewa dengan segelintir masyarakat yang menentang dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai projek berkenaan yang menimbulkan kekeliruan kepada penduduk lain.

“Ia sebahagian dakyah daripada orang-orang yang sebetulnya tidak tinggal di sana. Saya kesal kerana mereka juga orang Melayu,” katanya yang menetap di Keramat lebih 40 tahun.

Setiausaha syarikat, Azreil Amlir, 44, berkata pembangunan yang dibuat tidak sewajarnya dipolitikkan pihak tertentu.

Katanya, ia usaha yang perlu disokong dan penerangan diberikan DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp) jelas bakal membawa kesan positif kepada kawasan berkenaan.

_MG_1616“Setiap usaha baik akan ada juga tentangan maka kita anggap ia sebagai satu lumrah dan normal dalam mana-mana usaha untuk memajukan masyarakat.

“Terdapat juga pembangunan di kawasan sekeliling dan kawasan sekitar. Tidak pula menjadi isu tetapi kenapa projek Datum Jelatek yang dipilih untuk mereka salurkan kemarahan?,” katanya yang berhasrat untuk membeli kediaman di Datum Jelatek.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.