Categories
SELANGOR

Perbaiki penyampaian awam, pelanggan patut terima layanan adil

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 JAN: Penjawat awam perlu memastikan sistem penyampaian dipercepatkan selain memberi layanan adil kepada setiap pelanggan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya masih menerima aduan kurang menyenangkan membabitkan integriti penjawat awam.

Perhimpunan Bulanan SUK-MB (7)Katanya, terdapat pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan syarat tambahan selepas kebenaran merancang diluluskan.

Malahan terdapat jabatan gagal memberikan ulasan teknikal walaupun diberikan ulangan tiga kali.

“Ada juga ketua jabatan enggan bertemu pemaju selesaikan masalah tidak dapat diselesaikan di peringkat pegawai,” katanya pada Perhimpunan Bulan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Khusrin berkata beliau mahu penjawat awam bekerja keras mendukung aspirasi dan hasrat Kerajaan Negeri memastikan trend ekonomi negeri terus berkembang.

Katanya usaha itu diambil sebagai persediaan mendepani cabaran ekonomi semasa.

“Walaupun hasil Selangor tidak bergantung pada sumber petroleum, tetapi kesan penurunan harga minyak dunia tetap memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi.

“Jika trend ini berterusan dalam tempoh panjang, sudah tentu memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan turun menjejaskan hasil negeri di masa hadapan,” katanya.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.