Categories
SELANGOR

Pakatan mampu atasi perbezaan idea pilihan raya PBT

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 JAN: Kerajaan Selangor akan memanggil rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PAS untuk membincangkan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yakin kekuatan Pakatan Rakyat yang bergerak dalam kesepakatan konsensus akan menemui penyelesaian berhubung perkara itu.

Perhimpunan Bulanan SUK-MB (5)“Saya pasti apabila kita memanggil untuk (mesyuarat) Majlis Pimpinan Pakatan, isu ini akan dibincangkan.

“Pakatan Rakyat bergerak dalam satu keputusan yang konsensus dan bukan berdasarkan pandangan peribadi,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Jubli Perak selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, di sini hari ini.

Sebelum ini, DAP dan PAS berbeza pendapat berhubung keperluan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.