Categories
SELANGOR

Umno bantu mangsa banjir di Selangor sebelum negeri lain

SHAH ALAM 10 JAN: Umno Selangor turut membantu penduduk di negeri itu yang dilanda banjir selain turun padang menjadi anggota sukarelawan dalam membantu mangsa banjir di negeri lain.

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Umno Selangor akan turun padang melawat kawasan yang dilanda banjir di Sepang petang ini bagi menghulurkan bantuan.

“Untuk itu, anggota Umno Sepang dan Selayang dikecualikan mengikut misi pasca banjir Umno negeri itu ke negeri-negeri lain bagi menumpukan membantu mangsa banjir di kawasan mereka, termasuk di Kuang yang dilaporkan air yang naik kini berada di paras berjaga-jaga,” katanya dipetik Bernama.

Banjir SepangTiga lokasi di daerah Sepang, iaitu Kampung Chinchang, Jalan Sepang-Salak Tinggi dan Taman Desa Indah dilaporkan dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan.

Menyentuh misi kedua bantuan banjir Umno Selangor, Noh berkata ia melibatkan 300 anggota dari 11 bahagian Umno di Selangor untuk menjalankan kerja pembersihan di enam buah kampung di Pahang, selama tiga hari.

Anggota Umno Selangor akan berlepas ke Perak bagi menjalankan misi yang sama di Batu Gajah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.