Categories
SELANGOR

2 Masjid di Tanjong Karang terima bantuan baik pulih RM43,000

Oleh: AFIX REDZUAN

TANJONG KARANG, 27 FEB: Dua masjid di Parlimen Tanjong Karang menerima sumbangan Kerajaan Negeri untuk membaik pulih kerosakan siling dan karpet bagi meningkatkan keselesaan jemaah.

Masjid berkenaan adalah Masjid Darul Iman di Kampung Parit Serong dan Masjid Ar Rahman di Kampung Raja Musa.

Sumbangan diserahkan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kepada nazir masjid berkenaan.

Nazir Masjid Darul Iman, Mohamad Ja_MG_1717lani Yaakob, 61, ketika ditemui melahirkan rasa terharu kesudian Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan sebanyak RM20,341 bagi membaiki siling masjid yang tidak pernah diganti sejak dibina pada 1960.

Katanya, kos membaik pulih ini juga sebahagiannya akan ditanggung melalui wang sumbangan kariah masjid.

“Saya selaku wakil masjid dan penduduk Kampung Parit Serong mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar diatas kesudian memberikan sumbangan dan menunaikan solat fardhu Jumaat disini,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Nazir Masjid Ar Rahman, Yahya Tawan ,73, berkata, sumbangan Kerajaan Negeri ini akan dimanfaatkan untuk membaik pulih karpet masjid yang rosak setelah digunakan hampir 10 tahun.

Untuk kerja baik pulih, Masjid Ar Rahman menerima sumbangan sebanyak RM23,000.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.