Categories
NASIONAL

Anwar: Ibarat terpadamnya satu kerdipan bintang

SHAH ALAM 13 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ibarat terpadamnya satu kerdipan bintang.

Perumpamaan itu diberikannya melalui isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebelum dimuat naik di blog dan Facebook, berikutan Allahyarham seorang tokoh alim negara.

kerdipan10418453_550262091743738_2128601920674502509_n“Saya amat sedih dengan berita itu. Saya terharu dengan keprohatinan beliau selama ini kepada saya secara peribadi dan juga keluarga.

“Kehilangan beliau ibarat terpadamnya satu kerdipan bintang…” katanya yang turut menyampaikan kata-kata peransang untuk meneruskan kebangkitan rakyat.

Wan Azizah, Nurul Izzah melawat Anwar di Penjara Sungai Buloh tengah hari tadi sebelum berlepas ke Kelantan bagi menziarahi keluarga Allahyarham.

Leave a Reply

Your email address will not be published.