Categories
NASIONAL

Anwar: “Luar pun saya lawan, dalam penjara lagi lawan”

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 5 FEB: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan dirinya akan dipenjarakan disebalik keyakinan bebas dari tuduhan Kes Fitnah 2.

“Saya sudah berbincang dengan keluarga dan pimpinan parti akan hadapi sebarang kemungkinan

DSC_0545“Maknanya, kalau ditakdirkan penjara, saya akan hadapinya. Saya tidak boleh diugut, tidak boleh dibeli,” katanya menjawab soalan pemberita dalam satu sidang media di SACC MALL, di sini, hari ini.

Anwar berkata, penantian keputusan berkenaan turut memberi kesan yang cukup menekan buat keluarganya.

“Penerimaan. Tak mudah untuk Azizah walaupun kini beliu semakin kuat. Dia bimbangkan keadaan saya tetapi ini pengorbanan yang perlu dilakukan.

“Cucu bertanya kepada saya mengapa mereka kata soal masuk penjara dan ini tidak mudah pada saya,” katanya.

anwar familyPada 10 Februari ini, Mahkamah Persekutuan akan memberi keputusan terhadap rayuan Anwar membatalkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya dalam kes Fitnah 2 membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hukuman itu dikenakan Mahkamah Rayuan selepas Anwar dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Mac lalu.

“Tidak ada sesiapa yang menjangkau umur sebegini teringin atau merasakan perlu untuk dipenjara.

“Pada saya, setakat ini luar pun saya lawan, dalam penjara lagi lawan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.