Categories
NASIONAL

Anwar mungkin tolak pengampunan Yang diPertuan Agong

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar tidak akan memohon pengampunan daripada Yang DiPertuan Agong berhubung keputusan penjara lima tahun yang dikenakan ke atas beliau, pada 10 Februari lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, permohonan itu seperti membuktikan bahawa Anwar bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

khalid“Saya tak tahu maklumatnya tetapi yakin Anwar tidak akan membuat permohonan kerana ia membawa pengertian seperti beliau bersalah,” katanya selepas sidang media, di pejabatnya, di sini, hari ini.

Semalam, Pakar Perundangan dan Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, soal permohonan pengampunan daripada Yang DiPertuan Agong mungkin sukar dilakukan buat masa ini kerana tertakluk kepada kemahuan Kerajaan Persekutuan.

“Pengampunan itu jika kerajaan di Putrajaya mahu berbuat demikian. Jadi, ia sukar berlaku dalam keadaan sekarang.

anwar“Keduanya, Datuk Seri (Anwar) ada maruah juga. Jadi, saya rasa ini soal politik yang perlu diselesaikan dengan politik, ertinya rakyat kena membuat keputusan selepas ini kerana kita tahu institusi kehakiman gagal menjalankan fungsinya untuk memastikan keadilan.

“Jadi, rakyat kena k edepan supaya institusi kehakiman dapat diperbetulkan dan kembali kepada fungsi asal,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.