Categories
NASIONAL

Keluarga DSAI kemuka pengampunan Yang di-Pertuan Agong

SHAH ALAM, 24 FEB: Ahli keluarga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Fitnah 2, di Istana Negara, hari ini.

Anak kedua Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara itu.

“Satu rayuan untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong sudah dikemukakan.

PC Nuha Ibrahim March of Freedom (1)“Mahkamah mungkin menjatuhkan hukuman bersalah, namun bapa kami dan keluarga tetap menyatakan bahawa beliau tidak bersalah.

“Selari dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kami berharap institusi diraja akan memberi pengampunan atas nama keadilan dan berdasarkan semua fakta.

“Kami juga akan meneruskan sehabisnya apa juga cara yang diperuntukkan bagi rakyat negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dipetik dari Malaysia Kini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, parti itu tidak tahu berkenaan perkembangan mengejut itu.

Tambahnya, keputusan untuk memohon pengampunan itu mungkin keputusan keluarga Anwar.

Jika Anwar tidak memohon pengampunan, kerusi Permatang Pauh yang disandangnya bakal diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.