Categories
SELANGOR

EKSKLUSIF: 6,686 kes denggi di Selangor, Petaling tertinggi sehingga 31 Januari

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 FEB: Petaling terus mendahului daerah lain di Selangor apabila mencatat 3,212 kes denggi dengan 11 kematian sehingga 31 Januari lalu.

Dalam tempoh sama, 6,686 kes dan 17 kematian dilaporkan berlaku di seluruh Selangor.

Sumber Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor menyatakan, Hulu Langat muncul daerah kedua dengan 1,162 kes diikuti Klang (983), Gombak (658), Kuala Langat (194), Hulu Selangor (165), Sepang (154), Kuala Selangor (132) dan Sabak Bernam (26).

Terjah denggi MB Mentari court (5)Tiga kematian juga dicatat berlaku di Hulu Langat, manakala masing-masing satu di Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.

Minggu epit keempat dari 25 hingga 31 Januari lalu turut merekod Petaling dengan jumlah tertinggi 1,025 kes melebih separuh daripada keseluruhan 2,002 kes denggi di seluruh Selangor.

Daerah lain seperti Klang dengan 301 kes diikuti Hulu Langat (282), Gombak (182), Hulu Selangor (61), Kuala Selangor (54), Sepang (47), Kuala Langat (45) dan Sabak Bernam (lima).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang JKN Selangor iaitu www.jknselangor.moh.gov.my

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.