Categories
NASIONAL

Hanipa sedia debat dengan Shafie secara langsung

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 FEB: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin sedia berdebat secara terbuka dengan peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah berhubung Kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, jika responnya disahut, perdebatan itu perlulah diadakan mana mana Universiti Awam di negara ini dan hendaklah juga dalam masa yang sama disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3.

hanipa maidin wacana sinar 01“Ini adalah supaya rakyat di negara ini mendapat maklumat secara langsung tentang apa yang dikatakan oleh ahli ahli panel.

“Jika Shafie tidak selesa untuk berdebat dengan saya, saya bersedia berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan isu yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Khairy menyatakan hasrat untuk mengadakan satu siri jelajah seluruh negara bersama peguam Shafee bagi menjelaskan kes berkenaan.

Bagaimanapun, Hanipa menyifatkan usaha itu sebagai sesuatu yang tidak kena memandangkan kes itu sudah selesai dan Anwar juga di penjara.

“Peguam Shafie masih terus mengeluarkan kenyataan termasuk menyerang Anwar di dalam akhbar dan juga yang terkini dalam forum yang dianjurkan oleh Umno,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.