Categories
KENYATAAN MEDIA

Hari Volunteerisme Day Selangor semai bakti masyarakat

Terlebih dahulu, ingin saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana Standco Kebajikan Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Pusat Khidmat Masyarakat Dun Dengkil, KUIS, UNISEL seterusnya NGO Pertubuhan Sinar Ehsan (PSE) di atas kejayaan menganjurkan Program Selangor Volunteerism Day 2015 (#SVD15) hari ini.

Penganjuran program ini menunjukkan semangat dan komitmen Kerajaan Negeri dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat, negeri dan negara melalui aktiviti-aktiviti kesukarelawan.

B-6ZMz1UsAAqEpXPada hari yang berbahagia ini, saya amat berbesar hati dan gembira sekali apabila dapat bersua muka bersama ibu-ibu, ayah-ayah, datuk-datuk dan nenek-nenek penghuni dari Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti ini.

Semoga keceriaan yang terpancar di wajah-wajah mereka hari ini terus kekal dan dibekalkan nikmat kesihatan juga kesejahteraan di hari-hari mendatang.

Tidak dilupakan, para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari KUIS dan UNISEL, NGO SInar Ehsan danagensi-agensi kerajaan yang turut sama menjayakan Selangor Volunteerism Day 2015 (#SVD15).

Sesungguhnya dedikasi serta semangat yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat ini membuktikan bahawa kita semua peka dan mengambil berat.

Seluruh dasar dan agenda perkembangan negara tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa tenaga sukarelawan pelbagai peringkat. Namun, apa yang dilihat hari ini semangat sukarelawan ini mula diangkat secara bersungguh-sungguh, sistematik dan konsisten.

Tanpa kita sedari, kesukarelawan lah yang mendasari organisasi agenda pembangunan negara dan segara program berkaitan kepentingan masyarakat. Hari ini kepentingan sukarelawan, makna dan implikasinya sudah mula difahami dan disedari sebaiknya oleh masyarakat.

Sebagai contoh, negara kita baru dikejutkan dengan kejadian banjir yang melanda keseluruhan besar negeri di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Apa yang membanggakan, dengan kesedaran yang subur dan mendalam tentang erti kemanusiaan, Negeri Selangor menjadi negeri yang paling konsisten menghantar sukarelawan untuk membantu tidak kira melalui sektor kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), organisasi dan persendirian.

1907581_10205157508650661_2386667610470548031_nSetiap minggu beribu-ribu sukarelawan misi bantuan kemanusiaan dari Selangor tanpa mengira agama dan bangsa akan tiba di Pantai Timur membawa bantuan juga kelengkapan untuk membersihkan kawasan dan kediaman yang terjejas.

Berbekalkan semangat dan iltizam menyahut seruan YAB Dato’ Menteri Besar, Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, kita memerlukan lebih ramai sukarelawan dalam usaha menjayakan agenda Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli sekaligus bakal memberi manfaat kepada komuniti secara holistic.

Oleh yang demikian, penganjuran Program Selangor Volunteerism Day 2015 (#SVD15) ini merupakan satu lagi inisiatif yang diwujudkan Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk:

i. Menyemai semangat kesukarelawan di kalangan anak muda dan melahirkan generasi ‘ringan tulang’ menyumbang khidmat;

ii. Memperbanyakkan aktiviti dan penyertaan sukarelawan untuk segala aktiviti yang membawa manfaat dan kebaikan kepada masyarakat, negeri dan negara; dan

iii. Meningkatkan semangat bekerja secara berpasukan (kerjasama) di kalangan anak muda dalam pembangunan negara.

Justeru, dengan berlangsungnya program hari ini yang disertai lebih 200 orang sukarelawan, amalan perkhidmatan kesukarelawan, membentuk jati diri, menyemarakkan iltizam dan bersama berganding bahu akan digembling dalam melaksanakan aktiviti kebajikan.

Saya ingin mengambil peluang dan ruang yang ada ini untuk menyeru khususnya generasi muda untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawan agar semangat kesukarelawan dapat dicapai demi kebaikan semua.

Apa yang penting keprihatian dan fokus dalam bidang kerja kesukarelawan dan khidmat masyarakat dapat dijelmakan dalam bentuk tindakan yang terancang dan berkesan agar dapat memberikan impak yang mendalam dalam menghadapi senario sosial pada masa kini.

Semangat kesukarelawan kita dapat direalisasikan melalui tindakan dan aspek kerjasama melalui penghayatan semangat persaudaraan sesama kita atau ukhuwah islamiah yang perlu diperketatkan dan dipereratkan.

Allah S.W.T berfirman, maksudnya:

“Sesungguhnya Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka, hendaklah kamu memperbaiki hubungan sesama saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah moga-moga kamu mendapat rahmat.”

Surah Al-Hujurat. Ayat 10.

Akhir kata, sekali saya merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana dan para sukarelawan atas usaha dan komitmen tinggi yang dipamerkan dalam menjayakan program ini.

YB PUAN DR DAROYAH BINTI ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.