Categories
NASIONAL

Isu hudud, pilihan raya PBT ke mesyuarat khas kerana tiada draf

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 8 FEB : Keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk membincangkan  Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan dan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mesyuarat khas disebabkan tiada draf lengkap berhubung isu berkenaan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dua isu berkenaan ada diterangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR hari ini, namun memerlukan perbincangan lanjut.

“Mesyuarat tadi selesai diputuskan cuma jawatankuasa khas akan diadakan untuk bincang Enakmen Jenayah Syariah dan Pilihan Raya PBT.

logo PBT“Kita fokus dua isu ini sebab ia hal berbangkit.

“Mesyuarat tadi kita setuju. Ya ada permuafakatan, setuju agenda sama dan untuk betul-betul kuat,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ketua Kampung Tradisi Selangor di Dewan Jubli Perak, dekat sini, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut mengesahkan isu berkaitan pelaksanaan hudud ada dibangkitkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam mesyuarat terbabit.

anwar“Mohd Amar ada terangkan, tetapi kita minta beliau sediakan draf,” katanya.

Terdahulu, PR memutuskan untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu hudud dan Pilihan Raya PBT.

Keputusan yang dicapai bersama itu sekali gus meraikan perbezaan pandangan semua parti komponen berkenaan isu terbabit.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.