Categories
SELANGOR

MB: Selangor tiada cadangan pinda Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 8 FEB: Kerajaan Selangor belum bercadang meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam berhubung pembubaran perkahwinan sebelum berdaftar sebagai mualaf seperti dilaksanakan di Negeri Sembilan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara berkenaan memerlukan perbincangan menyeluruh membabitkan pihak berkaitan jika ingin dikuatkuasakan di Selangor.

azmin pampasan“Itu cadangan Negeri Sembilan, kita tidak ada cadangan untuk pindaan.

“Jika perkara ini ingin dilaksanakan, ia memerlukan perbincangan dengan semua pihak yang ada kuasa dalam hal ini kerana tidak semudah itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ketua Kampung Tradisi Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, seorang bukan Islam perlu membubarkan perkahwinannya terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di negeri itu.

mualaf 1Selain itu, Mohamad berkata, mereka juga perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan sudah memeluk Islam.

Beliau berkata, dua perkara itu adalah antara cadangan peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan berkaitan mualaf dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.