Categories
SELANGOR

Kematian Zul Hazriq jatuh tingkat 6 dirasai keluarga

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 3 FEB: Kehilangan Muhammad Zul Hazriq Danish Aiden,5, memang dirasai keluarganya yang ketika masih bersedih dan terkenang insiden malang menimpa dirinya pada 28 Januari lalu.

Adik Zul Hazriq meninggal dunia apabila terjatuh melalui gerigi besi yang pecah ketika bermain bersama abangnya di koridor tingkat enam di blok B, PPR Seksyen 8, Kota Damansara di sini.

Nor Sahura Sahara Mohamad, 35, berkata memang kejadian itu di luar dugaan dan amat sedih bagi diri dan keluarganya.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (12)“Masa dia jatuh tu masih ada (bernyawa)…tetapi lepas tu bila ambulan datang dan sahkan dia meninggal dunia,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau bercerita sambil menitiskan air mata mengenangkan kejadian berkenaan.

Katanya, anaknya itu hanya akan bersama abangnya untuk bermain di kawasan luar rumah.

“Dia tidak akan keluar kalau abang tidak balik. Bila abang balik dari sekolah, baru dia keluar main sama.

“Sebelum dia keluar main hari tu, saya panggil dia makan nasi. Lepas makan, basuh tangan dia terus keluar.

“Dalam lima minit lepas tu, abangnya beritahu adik dah jatuh,” katanya menjelaskan Zul Hazriq seorang pendiam dan sebelumnya susah jika diminta untuk makan.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, kunjungan ke rumah Sahura bagi meninjau keadaannya dan keluarga selepas insiden sedih yang berlaku itu.

“Kita lihat perkembangannya sama ada beransur pulih atau bagaimana? Melalui kumpulan petugas yang ada, kita akan terus memantau keadaannya.

YB Daroyah sampaikan sumbangan mangsa jatuh PPR Kota Damansara (1)“Kalau ada keperluan untuk kita bantu, InsyaAllah kita akan bantu apa diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, kalangan ibu bapa diminta memantau anak-anak mereka ketika bermain di mana-mana kawasan kerana keadaan di rumah pangsa itu agak berisiko tinggi.

“Dari segi penyeliaaan bangunan, kita harap ia akan diselia dengan lebih berkesan dan berkala. Ini disebabkan banyak kerosakan berlaku seperti lif, gerigi besi dan yang lain.

“Ia perlu diberi perhatian supaya dapat menghindar perkara sama daripada berulang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.