Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Kontraktor wajib ada penyelia khas turap jalan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 FEB: Semua kontraktor jalan di Selangor perlu mempunyai penyelia berkelulusan khas teknikal bidang penurapan jalan raya, berkuatkuasa tahun 2016.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib berkata, peserta latihan intensif itu perlu lulus semua ujian yang akan dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

_MG_0226“Kita menghantar 500 pegawai teknikal di Selangor secara berperingkat untuk mengikuti latihan ini bermula Disember 2014 dan dijangka tamat Disember ini.

“Langkah ini penting untuk memastikan kerja penurapan dan baik pulih jalan lebih berkualiti dan kekal baik dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah menangani isu penurapan jalan yang kurang memuaskan dan kembali rosak dalam jangka masa singkat.

IMG_9498Zaidy berkata, Kerajaan Negeri juga melakukan audit ke atas semua kuari di negeri itu dan menganugerahkan sijil pengiktirafan setiap dua tahun.

“Premix hanya akan diambil dari kuari yang ada sijil pengiktirafan sahaja.

“Kita juga akan mensyaratkan kerja turapan jalan hanya dijalankan pada waktu kering antara bulan Febuari hingga Oktober sahaja,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.